MAKLUMAT TERKINI

Tahniah Pak Soepadmo atas pengiktirafan Anugerah Merdeka
By Published On: Disember 5, 2012
Najib delivering his speech at the Merdeka Award 2012 Presentation Ceremony.

Najib berucap di Majlis Anugerah Merdeka 2012.

04 Disember 2012 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli botani Prof Dr Engkik Soepadmo, felo penyelidik yang telah berkhidmat 17 tahun di Bahagian Biodiversiti FRIM, atas penerimaan Anugerah Merdeka yang berprestij untuk sumbangan cemerlang beliau kepada rakyat Malaysia.

Soepadmo, lebih dikenali sebagai “Bapak” di FRIM, telah menerima anugerah yang berbentuk sijil, trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM 500,000, daripada Perdana Menteri, YAB Dato ‘Sri Najib Tun Razak, di Majlis Anugerah Merdeka 2012 yang diadakan semalam di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur.

Abd Latif (right) congratulating Soepadmo (left) at the ceremony.

Abd Latif (kanan) mengucapkan tahniah kepada Soepadmo (kiri).

Turut hadir ialah Raja Muda Perak, DYMM Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka. FRIM telah diwakili oleh Ketua Pengarah (KP) Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan beberapa orang pegawai pengurusan atasan.

Soepadmo merupakan salah seorang daripada penerima anugerah yang turut disampaikan kepada kepada Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock atas sumbangan cemerlang beliau terhadap penyelidikan dan pembangunan kimia dan teknologi minyak sawit serta dalam menyokong dan mempromosikan industri minyak sawit Malaysia dan kepada Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naguib Al-Attas bagi pencapaian cermerlang dalam bidang akademik serta sumbangan dalam bidang Islamisasi Ilmu Kontemporari dan Pendidikan Islam.

Soepadmo (left) receiving the award presented by Najib (middle) while Raja Dr Nazrin (right) looks on.

Soepadmo (kiri) menerima trofi yang disampaikan oleh Najib (tengah) dengan diperhatikan oleh Raja Dr Nazrin.

Dilahirkan di Kg. Tegalan, Kartosuro kira-kira 40 km dari Kota Solo, Jawa Tengah, Indonesia, pada 13 Mac 1937, Soepadmo memperolehi ijazah PhDnya dari University of Cambridge pada tahun 1966 di bawah penyeliaan EJH Corner.

Beliau dilantik sebagai pensyarah Botani Tropika dari 1968 hingga 1978 dan kemudiannya, sebagai Profesor Ekologi dari 1978 hingga 1993 di Universiti Malaya. Sejak tahun 1993, beliau telah menjadi Penyelaras dan Ketua Editor bagi Projek Tree Flora of Sabah and Sarawakdi FRIM.

Proud recipients of the Merdeka Award, (from left) Syed Muhammad Naguib, Soepadmo and Ong.

Senyuman bangga penerima Anugerah Merdeka: (dari kiri) Syed Muhammad Naguib, Soepadmo dan Ong.

Soepadmo telah menemui 56 spesies tumbuhan dan pokok hutan tropika. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau ke arah peningkatan pengetahuan berkenaan flora dan kepelbagaian biologi di rantau Asia Tenggara, rakan sepejuangannya telah menamakan enam spesies tumbuhan sempena dengan nama beliau, iaitu Actinodaphne soepadmoi Julia (Lauraceae), Aglaia soepadmoi CM Pannell (Meliaceae), Cinnamomum soepadmoi Kostermans (Lauraceae), Ficus soepadmoi Kochummen (Moraceae), Syzygium soepadmoi PS Ashton (Myrtaceae), dan Vatica soepadmoi P.S. Ashton (Dipterocarpaceae).

Melalui pengalaman penyelidikan, perancangan dan pengurusannya, Soepadmo telah banyak menyumbang ke arah penetapan kawasan hutan perlindungan berikut:

  • 1970-1985: 50 hektar plot ekologi untuk penyelidikan jangka panjang di Hutan Simpan Pasoh (Semenanjung Malaysia) dan Taman Negara Gunung Lambir (Sarawak);
  • 1985-1986 & 1989-1990: Taman Negera Endau-Rompin di Johor dan Pahang;
  • 1993-1994: The Royal Belum State Park di Perak (Semenanjung Malaysia);
  • 1994-1995: Hutan Simpan Tawai (Sabah);
  • 1997-2000: Kawasan Pemuliharaan Antara Sempadan Lanjak-Entimau/Betung Kerihun (Malaysia-Indonesia);
  • 2007-sekarang: Taman Negara Pulong Tau (Sarawak).

Maklumat Terkini