AKTIVITI ALAM

Tapak perkhemahan Kem Perah sangat popular bagi membuat aktiviti secara berkumpulan. Kawasan seluas 300 m² ini boleh menempatkan 120-150 orang dalam satu-satu masa. Tapak perkhemahan ini dibina di kawasan terpencil lengkap dengan kemudahan yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti rekreasi luar. Antara kemudahan yang disediakan ialah tapak kem, dapur, dewan, calet “A Hut”, tandas, bangku, obstacle run dan sebagainya. Di sini juga disediakan beberapa kemudahan untuk disewa seperti khemah, sleeping bag, teropong, kompas dan pelbagai lagi kelengkapan untuk aktiviti.

Kem Perah terletak di kaki bukit dengan dikelilingi oleh kehijauan pokok, ditambah dengan bunyi-bunyian hutan menjadikan kawasan ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman perkhemahan rimba yang sebenar.

Kem yang mula beroperasi pada Mei 2001 ini telah menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Walaupun kem ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung, ia tidak mencacatkan pengalaman rimba pengunjung.

Caj: Site A:

• RM500 satu malam (pendidikan: universiti, sekolah; sosial: persatuan, kelab, perseorangan/keluarga)
• RM1,000 satu malam (Korporat)

Site B:

• RM360 satu malam (6 unit A-Hut)

Kemudahan/Kelengkapan untuk disewa Additional A-Huts

• RM60 per unit (2 unit di Site A & 2 unit tambahan di Site B)
• 4-men tent: RM30 seunit bagi satu malam

Kemudahan: Site A: tapak perkhemahan, dapur, dewan, tandas, bangku, unggun api & tempat BBQ[Kapasiti maksimum: 80 orang]

Site B: dapur, dewan, 6 unit ‘A-Hut’, tandas, bangku, unggun api & tempat BBQ[Kapasiti maksimum: 20 orang]

Tempahan: Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM melalui emel: frim_enquiry@frim.gov.my