AKTIVITI ALAM
The Forest Skywalk atau Jejantas Rimba terletak di Taman Botani Kepong (KBG). Titik tertinggi struktur ini adalah 141 m dari paras laut. Struktur ini dibina menggunakan aluminium yang dikukuhkan dengan tiub keluli dan disokong oleh ‘guy wires’.
Jejantas Rimba terdiri daripada 11 menara dan 8 jambatan dengan ketinggian antara 18 m dan 50 m dengan panjang keseluruhan 250 m. Dari pejabat Jejantas Rimba, anda perlu berjalan 100 m atas laluan yang mudah. Setelah berada di atas jejantas, pengunjung boleh menghabiskan 30 hingga 40 minit bagi seluruh laluan. Pemandangan panorama menarik atas Jejantas Rimba menanti anda, terutamanya dari puncak menara 50 m.
Waktu operasi: | 8:30AM – 12:30PM; 2:30PM – 3:30PM Sabtu – Khamis (tutup pada Jumaat) |
---|---|
Caj: | https://skywalk.frim.gov.my/ticket.cfm |
Peraturan: | Had umur: 7 & atas bagi Jejantas Rimba; 13 & atas bagi menara 50 m
https://skywalk.frim.gov.my/rules.cfm |
Tempahan: | https://skywalk.frim.gov.my/book.cfm
Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM melalui emel: frim_enquiry@frim.gov.my |