AKTIVITI ALAM

Fotografi dan penggambaran/videografi

Sebarang permohonan penggambaran mesti dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penggambaran.

Pelanggan yang ingin menggambil gambar atau mengendalikan aktiviti penggambaran untuk tujuan iklan komersial, drama atau filem dikehendaki membayar deposit dan fi kebersihan RM300 (bagi gambar statik) atau RM2,300 (bagi video/drama/filem).

Setiap penggambaran yang dijalankan di kampus FRIM perlu dipantau oleh kakitangan FRIM. Caj pemantauan sebanyak RM150 dikenakan mengikut tempoh penggambaran. Setiap sesi meliputi tiga (3) jam. Contohnya, waktu penggambaran 8:00AM – 11:00AM akan dikira sebagai satu sesi.

Kategori Caj penggambaran Deposit Caj pemantauan*
Pakej Rakaman Hari Istimewa (Contoh: Pra-Perkahwinan / Graduasi / Potret Keluarga / Maternity dan lain-lain) RM 300.00/hari RM 150.00/sesi
Komersial (Iklan/Klip video/Filem/Drama) RM 3,200.00 – RM 3,500.00/hari RM 2,300.00 RM 150.00/sesi
Fotografi (gambar statik) RM 1,000.00 – RM 1,300.00/hari RM 300.00 RM 150.00/sesi
Bukan komersial (Tugasan akademik)
*Perlu mempunyai surat pengesahan daripada universiti atau sekolah
RM 150.00/sesi

*Satu (1) sesi meliputi tiga (3) jam. Contohnya, waktu penggambaran 8.00 pagi – 11.00 pagi akan dikira sebagai satu sesi.

Permohonan perlu dihantar ke Pusat Informasi Pelawat FRIM dalam masa tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pengambaran melalui emel (frim_enquiry@frim.gov.my). Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 – 6279 7592 / 7649 / 7596