AKTIVITI ALAM
Memerhati Burung/Hidupan Liar
Pemerhatian burung merupakan aktiviti yang bagus untuk memperkenalkan kanak-kanak dan masyarakat kepada kepelbagaian spesies burung di samping mendedahkan mereka kepada keindahan alam semula jadi. Penglibatan kanak-kanak serta pencinta alam dalam aktiviti pemerhatian burung boleh memberi pengalaman pembelajaran yang sangat menarik, dan aktiviti ini sering kali dijalankan di FRIM.
FRIM mempunyai lebih kurang 182 spesies burung daripada jumlah 742 spesies yang terdapat di Malaysia. Ini menunjukkan jumlah spesies burung di FRIM adalah tinggi dari segi kepelbagaianya. Terdapat beberapa tempat yang menarik daripada pelbagai jenis habitat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pemerhatian burung seperti di kawasan tanah lembap, arboretum buah-buahan dan arboretum bukan dipterokap untuk menjalani aktiviti tersebut.
Waktu operasi: | 7:00AM – 11:00AM (berdasarkan permintaan) |
---|---|
Caj: | RM80 seorang (minimum 2 peserta; maksimum 5 peserta setiap kumpulan) Caj parkir & kemasukan [Rujuk: www.frim.gov.my/ms/tarikan/pas-tiket-kemasukan/]. |
Tempahan: | Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM melalui emel: frim_enquiry@frim.gov.my |