TAMAN DI FRIM
Kedudukan FRIM yang berdekatan dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan mudah diakses warga kota menjadikan FRIM sebuah destinasi pilihan untuk aktiviti riadah seperti joging. Pejoging hanya boleh menggunakan jalan berturap di Taman Botani Kepong (KBG).
KBG dibangunkan sebagai pusat koleksi tumbuhan hidup terutamanya untuk tumbuhan Malaysia. Taman ini mewujudkan peluang-peluang penyelidikan dalam bidang botani, hortikultur, landskap, dan bidang-bidang yang lain berkaitan. Tumbuh-tumbuhan hutan dikumpulkan secara sistematik dan ditanam di taman ini untuk paparan serta sebagai pusat pemuliharaan ex-situ. Hortikultur dan pendidikan landskap, penyelidikan dan pembangunan merupakan salah satu ciri yang istimewa taman ini.
Waktu operasi: | 7:30AM – 7:00PM (Isnin – Khamis) 7:00 AM – 7:00PM (hujung minggu & cuti umum)[kemasukan terakhir: 6:30PM][tutup pada Jumaat] |
---|---|
Caj: | Caj parkir & kemasukan [Rujuk: www.frim.gov.my/ms/tarikan/pas-tiket-kemasukan/]. |
Tempahan: | Tiada (lawatan secara ‘walk-in’ dibenarkan) |