SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Penglibatan FRIM dalam sistem pengurusan kualiti dan akreditasi makmal bermula sejak tahun 1998 lagi apabila makmal ujian FRIM berjaya memperoleh akreditasi ISO/IEC G25. Sehingga kini sebanyak 14 makmal ujian telah memperoleh akreditasi ISO/IEC 17025 berdasarkan skop ujian makmal tersebut. Pada tahun 2017, 14 makmal tersebut telah berjaya diakreditasikan semula di bawah sistem payung mengikut bidang iaitu Bidang Kimia, Bidang Mikrobiologi & Biologi serta Bidang Mekanikal & Fizikal. Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, kerjasama di peringkat antarabangsa juga dilaksanakan apabila FRIM dikenali sebagai International Sub Contracting Testing Laboratory. Ini dibuktikan apabila FRIM berjaya mendapat pensijilan FIRA (UK) bagi Makmal Pengujian Perabot, IFT Jerman bagi Makmal Laminasi Kayu bagi kerangka tingkap (window scantling) dan CARB bagi Makmal Pengujian Komposit Kayu.

Pensijilan MS ISO 9001 pula telah dimulakan sejak tahun 2001 lagi. Pada peringkat permulaan ini hanya 3 makmal dipersijilkan. Namun pada tahun 2007, FRIM telah mencipta sejarah apabila berjaya memperoleh Persijilan MS ISO 9001:2000 bagi semua proses perkhidmatan di FRIM dan seterusnya pada tahun 2010, FRIM telah berjaya memperbaharu sijil kepada MS ISO 9001:2008. Pada tahun 2017, FRIM sekali lagi telah menaik taraf persijilan ISO 9001 kepada versi 2015.

Selain itu, CUMBS di FRIM turut mendapatkan pengiktirafan dalam bentuk pensijilan daripada pelbagai badan di peringkat kebangsaan. Antaranya, Pusat Teknologi Herba (HTC) FRIM telah mendapat pengiktirafan pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) pada tahun 2007 serta pensijilan HALAL daripada JAKIM bagi 4 produk herba yang dihasilkan di HTC dengan kerjasama Koperasi FRIM. Tidak ketinggalan Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) juga dipatuhi di FRIM sejak 2010 melibatkan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Maran, Pahang.

Pada tahun 2010 pula FRIM sekali lagi mengambil inisiatif bersama-sama dengan agensi lain di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dan dipersijilkan oleh Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC). Pada tahun 2017, FRIM telah mengorak langkah untuk memperluaskan skop pelaksanaan QE/5S dengan memasukkan elemen SENTIASA SELAMAT dan kini sistem tersebut dikenali sebagai QE sahaja. Pelaksanaan QE juga diperluas di semua SPF yang mempunyai infrastruktur iaitu SPF Mata Ayer, SPF Bidor, SPF Pasoh, SPF Jengka, SPF Maran dan SPF Setiu.

FRIM turut mengamalkan Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISO/IEC 27001) sejak tahun 2013 meliputi skop pengoperasian pusat data, di Cawangan ICT FRIM. Ia kemudiannya diperluaskan kepada skop pengurusan maklumat penyelidikan perhutanan tropika melalui aplikasi RIMS yang melibatkan Cawangan Dasar dan Perancangan Penyelidikan (RePP). FRIM melalui Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS) telah mendapatkan akreditasi di bawah ISO/IEC 17065 sebagai badan pensijilan produk daripada pihak Jabatan Standard Malaysia sejak tahun 2014 bagi skop perabot.

No. Nama dan Jawatan

1

Wakil Pengurusan
Mahmudin bin Saleh
Timbalan Ketua Pengarah Operasi
FRIM

2

Timbalan Wakil Pengurusan
Mohd Asmawee bin Ismail

3

Ketua Sistem Audit Kualiti
Nor Haliyan binti Tan Shilan
Ketua Cawangan Pengurusan Kualiti

4

Tim. Ketua Sistem Audit Kualiti
Dr Pin Kar Yong

5

Ahli-ahli
Pengarah Bahagian
Ketua Program
Ketua CUMBS

6

Pasukan Penasihat Teknikal
i. Dr Sharmiza Bt Adnan
ii. Dr Suffian B. Misran
iii. Dr Tumirah Bt Khadiran
iv. Dr Pin Kar Yong
Skop Pengurusan penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi (R,D,C&A)
Dasar Kualiti

FRIM komited menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan perkhidmatan sokongan berkaitan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi kepuasan pelanggannya.

Kami akan memastikan semua warga institut bersama-sama bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang, peraturan dan standard kualiti yang telah ditetapkan.

FRIM akan melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan sistem berkaitan dalam skop penyelidikan dan pembangunan, perundingan, komersialisasi, khidmat ujian dan pensijilan, pembekalan bahan, latihan, ekopelancongan serta sewaan ruang dan peralatan.

Proses-proses terlibat
  1. Perkhidmatan R&D
  2. Perkhidmatan Perundingan
  3. Perkhidmatan Ujian
  4. Perkhidmatan Latihan
  5. Perkhidmatan Kemudahan dan Aktiviti Rekreasi
  6. Perkhidmatan Pembekalan Bahan Rujukan
  7. Perkhidmatan Sewaan Kemudahan, Ruang dan Peralatan
  8. Perkhidmatan Jualan
  9. Pembekalan Perkhidmatan Khusus
  10. Pengurusan Harta Intelek dan Prakomersialisasi
Dokumen Kualiti MS ISO 9001

1. Manual Kualiti

Manual Kualiti MS ISO 9001:2015 – Pengurusan Penyelidikan Dan Penyediaan Perkhidmatan Berkaitan Kepada Pelanggan (MK.FRIM.01)

2. Prosedur Kualiti Wajib

  1. Prosedur Kawalan Dokumen Kualiti (PK(W).FRIM.01)
  2. Prosedur Kawalan Rekod Kualiti (PK(W).FRIM.02)
  3. Prosedur Audit Dalam (PK(W).FRIM.03)
  4. Prosedur Kawalan Produk/Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi (PK(W).FRIM.04)
  5. Prosedur Tindakan Pembetulan (PK(W).FRIM.05)
  6. Prosedur Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Kualiti (PK(W).FRIM.07)
  7. Prosedur Pengurusan Risiko (PK(W).FRIM.08)

3. Prosedur Kualiti Sokongan

  1. Prosedur Pengendalian Pelawat dan Maklum Balas Pelanggan (PK(S).FRIM.02)
  2. Prosedur Pengendalian Kajian Kepuasan Pelanggan (PK(S).FRIM.03)
  3. Prosedur Pengurusan & Pengendalian Acara (PK(S).FRIM.04)
  4. Prosedur Pengambilan Penjawat Awam (PK(S).FRIM.PSM.01)
  5. Prosedur Pengurusan Peperiksaan (PK(S).FRIM.PSM.02)
  6. Prosedur Pengurusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PK(S).FRIM.PSM.03)
  7. Prosedur Pengurusan Kenaikan Pangkat (PK(S).FRIM.PSM.04)
  8. Prosedur Pengurusan Tindakan Tatatertib (PK(S).FRIM.PSM.05)
  9. Prosedur Pengurusan Latihan Jangka Pendek (PK(S).FRIM.PSM.06)
  10. Prosedur Pengurusan Bahan Promosi & Pameran (PK(S).FRIM.T.02)
  11. Prosedur Pembaikan dan Penyelenggaraan Bangunan & Infrastruktur (PK(S).FRIM.PP.01)
  12. Prosedur Pengurusan Aduan Penjawat Awam Secara Dalam Talian (Adunet) (PK(S).FRIM.T.03)
  13. Prosedur Perolehan (PK(S).FRIM.PP.03)
  14. Prosedur Pembaikan dan Penyelenggaraan Peralatan (PK(S).FRIM.N.01)
  15. Prosedur Pengurusan & Penyelenggaraan Kenderaan (PK(S).FRIM.PP.05)
  16. Prosedur Penyediaan & Pengurusan Bajet (PK(S).FRIM.KEW.01)
  17. Prosedur Pengurusan Pembayaran (PK(S).FRIM.KEW.02)
  18. Prosedur Pengurusan Hasil (PK(S).FRIM.KEW.03)
  19. Prosedur Pengurusan Aset dan Stor (PK(S).FRIM.KEW.04)
  20. Prosedur Pengumpulan & Pelupusan Sisa Kimia (PK(S).FRIM.K.01)
  21. Prosedur Pengurusan Penerbitan (PK(S).FRIM.T.01)
  22. Prosedur Pengendalian MoU/Perjanjian (PK(S).FRIM.05)
  23. Prosedur Pengurusan Pembangunan Kampus FRIM (PK(S).FRIM.PP.02)
  24. Prosedur Keselamatan Fizikal, Kampus dan Sempadan (PK(S).FRIM.07)
  25. Prosedur Keselamatan Dokumen (PK(S).FRIM.08)
  26. Prosedur Keselamatan Peribadi (PK(S).FRIM.09)
  27. Prosedur Keselamatan ICT (PK(S).FRIM.10)
  28. Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PK(S).FRIM.11)
  29. Prosedur Penyelenggaraan Pokok Berisiko di FRIM (PK(S).FRIM.12)
  30. Prosedur Keselamatan Fizikal, Personal dan Sempadan SPF (PK(S).FRIM.13)
  31. Prosedur Pelaksanaan Penyelidikan di SPF (PK(S).FRIM.14)

4. Prosedur Kualiti Operasi

  1. Prosedur Pengurusan Penyelidikan (PK(O).FRIM.R.01)
  2. Prosedur Pengendalian Khidmat Perundingan (PK(O).FRIM.KEW.02)
  3. Prosedur Pengurusan Harta Intelek dan prakomersialisasi (PK(O).FRIM.KEW.01)
  4. Prosedur Perkhidmatan Ujian (PK(O).FRIM.K.01)
  5. Prosedur Pengendalian Kemudahan dan Aktiviti Rekreasi (PK(O).FRIM.H.01)
  6. Prosedur Perkhidmatan Penjualan Bahan (PK(O).FRIM.B.01)
  7. Prosedur Perkhidmatan Latihan (PK(O).FRIM.PSM.02)
  8. Prosedur Pembekalan Perkhidmatan Khusus (PK(O).FRIM.N.01)
  9. Prosedur Pembekalan Bahan Rujukan (PK(O).FRIM.T.01)
  10. Prosedur Pengendalian Khidmat Sewaan Kemudahan, Ruang dan Peralatan (PK(O).FRIM.PP.01)
Skop Mekanikal dan Fizikal, Kimia serta Mikrobiologi dan Biologi
Makmal yang terlibat 1. Bidang Mekanikal dan Fizikal (No. SAMM 205)

  1. Makmal Pengujian Kertas
  2. Makmal Perlindungan Api
  3. Makmal Laminasi Kayu
  4. Makmal Pengujian Perabot
  5. Makmal Kejuruteraan Kayu
  6. Makmal Pengeringan Kayu
  7. Makmal Kemasiapan Kayu
  8. Makmal Ujian Komposit Kayu
  9. Makmal Kawalan Kualiti Hasilan Semulajadi

2. Bidang Kimia (no. SAMM 154)

  1. Makmal Analisis dan Awetan Kayu
  2. Makmal Kimia Tanah
  3. Makmal Ujian Komposit Kayu
  4. Makmal Kawalan Kualiti Hasilan Semulajadi

3. Bidang Mikrobiologi dan Biologi (no. SAMM 558)

  1. Makmal Mikologi Kayu
  2. Makmal Entomologi Kayu
  3. Makmal Biologi
  4. Makmal Kawalan Kualiti Hasilan Semulajadi
Dokumen
  1. Quality Manual MS ISO/IEC 17025 For Chemical Testing Laboratories (D/FRIM/1-17025/CTL)
  2. Quality Manual MS ISO/IEC 17025 For Mechanical and Physical Testing Laboratories (D/FRIM/1-17025/MPTL)
  3. Quality Manual MS ISO/IEC 17025 For Microbiological and Biological Testing Laboratories (D/FRIM/1-17025/MBTL)
  4. Arahan Kerja Perkhidmatan Ujian & Tentukuran (D.K.05)
  5. Prosedur Kualiti Wajib, Prosedur Kualiti Sokongan dan Prosedur Kualiti Operasi MS ISO 9001
  6. Arahan Kerja Makmal-makmal terlibat
Skop Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Bagi Pengoperasian Pusat Data dan Pengurusan Maklumat Penyelidikan Hutan Tropika Melalui Aplikasi RIMS di FRIM
Cawangan Terlibat Cawangan ICT, Bahagian Perkhidmatan Teknikal & Cawangan Dasar dan Perancangan Penyelidikan, Bahagian Perancangan Penyelidikan
Dokumen
  1. Manual Kualiti Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (D/FRIM/1-27001)
  2. Polisi Keselamatan Siber KeTSA versi 1.2
  3. Prosedur Kualiti Wajib, Prosedur Kualiti Sokongan Dan Perosedur Kualiti Operasi MS ISO 9001
  4. Prosedur dan Arahan Kerja Cawangan ICT dan Arahan Kerja Cawangan RePP

Unit Pengurusan Kualiti yang bertindak sebagai penyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti berkaitan pensijilan dan akreditasi di FRIM turut menawarkan khidmat latihan dan perundingan berkaitan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001, ISO/IEC 17025, MS ISO IEC 27001 dan MS ISO/IEC 17065 kepada agensi dan organisasi yang berminat.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan:

Unit Pengurusan Kualiti,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia,
52109, Kepong,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-6279 7685/7687/7690/7691
Fax: 03-6272 6305