STESEN PENYELIDIKAN FRIM

  • Ia adalah stesen penyelidikan FRIM yang pertama ditubuhkan pada tahun 1970 di bawah Man and Biosphere Programme, Universiti Malaya.
  • Dipindah hakmilik kepada Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) pada tahun 1978.
  • Terletak di Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh yang meliputi kawasan seluas 1,840 hektar yang telah diwartakan untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan yang diuruskan oleh FRIM.
  • Ia mendapat perhatian seluruh dunia dari saintis dan ahli ekologi hutan tropika, serta pendidik dan penggemar alam sekitar tempatan.
  • Terdapat sebuah plot ekologi kekal seluas 50 hektar, arboretum seluas 2 hektar, denai alam berpandu sepanjang 2 kilometer dan sistem menara titian kanopi segitiga diperbuat daripada aluminium dan aloi yang pertama seumpamanya di negara ini.
  • Hutan Simpan Penyelidikan Pasoh ini merupakan hutan pamah tropika yang paling menyeluruh dikaji di rantau Asia Tenggara.

Salleh bin Mat
Penyelaras SPF Pasoh
Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
52109, Kepong, Selangor
Tel: 03-6279 7267
Faks: 03-6272 9852
E-mel: sallehmt[at]frim.gov.my

  • Ditubuhkan pada tahun 1974, stesen ini terletak di kawasan seluas 455 hektar dalam Hutan Simpan Mata Ayer.
  • Ia merupakan pusat rujukan untuk penubuhan ladang hutan jati.
  • Penanaman pertama dijalankan pada tahun 1953.
  • Ia mempunyai kawasan seluas 300 hektar yang ditanam dengan jati dari pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia serta dari Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad dan Sabah.
  • Stesen ini juga dilengkapkan dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti pendidikan eko-pelancongan dan alam sekitar termasuk titian kanopi, kemudahan penginapan dan tapak perkhemahan.

Program Membaik Biak Tumbuhan
Tel: 03-6279 7332
E-mel: farah[at]frim.gov.my

  • Stesen ini telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan terletak di dalam Kompatment 84, Hutan Simpan Tekam, Jengka, Pahang. Ianya berkeluasan 0.9 hektar dan berfungsi sebagai pusat penyelidikan pengurusan hutan asli.
  • Stesen ini memfokuskan penyelidikan dan pembangunan di dalam pengurusan hutan bukit dipterokarpa secara lestari.
  • Ianya telah digunakan secara meluas oleh para penyelidik tempatan dan luar negara dan antara projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah merangkumi penyelidikan bagi menilai kesan pembalakan, pertumbuhan regenerasi pokok dan dirian tinggal, rawatan silvikultur, tanaman mengaya, hidrologi, sains tanah, zoologi dan juga ekologi hutan.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Stesen Penyelidikan FRIM Jengka, sila hubungi:

Mohd Shahid Mohd Mustafa
Pengurus SPF Jengka
Stesen Penyelidikan FRIM Jengka,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
52109, Kepong, Selangor
Tel: 03-6279 7212/ 09-481 2049
Faks: 03-6272 9852
E-mel: shahid[at]frim[dot]gov[dot]my

  • Ditubuhkan pada tahun 2003, dengan jumlah keluasan 292.2 hektar.
  • Ia berfungsi sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan dalam perladangan spesies campuran terutama dari spesies tempatan/asli, dengan tumpuan khas kepada spesies karas. Sehingga kini, stesen ini telah menanam sebanyak 15,000 pokok karas.
  • Sebanyak 100 hektar telah dibangunkan dan ditanam dengan pokok karas (Aquilaria malaccensis), jelutung (Dyera costulata), merawan siput jantan (Hopea odorata),Khaya ivorensis, nyatoh (Palaquium gutta), meranti temak nipis (Shorea roxburghii), sentang (Azadirachta excelsa) dan akasia hibrid.

Program Hutan Ladang
Tel: 03-6279 7093
E-mel: rosdi[at]frim[dot]gov[dot]my

  • Ia terletak di kawasan seluas 53 hektar yang dipajakkan kepada FRIM oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1996.
  • Tumbuhan asal terdiri daripada kelat (Sygium spp), gelam (Malaleuca cajuputi), balau pasir (Shorea metarialis) , kemunting (Rhodomyrtus tomentosa), senduduk (Melastoma malabathricum), chuchur atap (Baeckea Frutescens) dan rhu pantai (Casuarina equistifolia).
  • Untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyebar maklumat berkenaan penanaman pokok di atas tanah BRIS, mengenalpasti spesies pokok hutan ladang yang berpotensi ditanam di tanah BRIS, mempromosi penggunaan tanah BRIS dengan tanaman spesies pokok hutan yang bernilai komersial dan membangunkan teknik yang kos-efektif bagi penanaman pokok di tanah jenis bermasalah ini.
  • Antara spesies yang telah ditanam: Akasia hybrid (Acacia hybrid), Khaya sp. (Khaya ivorensis), merawab siput jantan (Hopea odorata), tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan jarak (Jatropha curcas).

Program Hutan Ladang
Tel: 03-6279 7137
E-mel: mohamadfakhri[at]frim.gov.my

  • Ditubuhkan pada tahun 2000, stesen yang meliputi kawasan seluas 50 hektar ini berfungsi sebagai pusat rujukan untuk penubuhan ladang herba.
  • Kerja penanaman Eurycome longifolia (tongkat ali), Orthosiphon aristatus (misai kucing) dan Morinda citrifolia (mengkudu) telah mula dilaksanakan pada tahun 2000.
  • Penanaman yang seterusnya pada tahun 2003 melibatkan Labisia pumila (kacip fatimah), Mentha arvensis (pudina), Elephantopus scaber (tutup bumi) dan Curcuma domestica (kunyit) di ladang kelapa sawit.
  • Setakat ini, kawasan seluas 20 hektar telah ditanam dengan pelbagai tumbuhan ubatan seperti Tinospora crispa (patawali), Aguilaria malaccensis (karas), Parkia speciosa (petai), Hopea odorata (merawan siput jantan), Khaya senegalensis (African mahogany), Peperomia pellucida (ketumpangan air), Cinnamomum zeylanicum (kayu manis), (buah arboretum), Centella asiatica (pegaga), Citrus hystrix (limau purut), Citrus aurantifolia (limau nipis), Cymbopogan citratus (serai makan), Cymbopogan nardus (serai wangi), Vitex negundo (legundi), Neolamarckia cadamba (kelampayan) dan Garcinia atroviridis (asam gelugor).

Program Sumber Biologi
Tel: 014-5184 788
E-mel: sharmizi[at]frim.gov.my

  • Kawasan tanah bekas lombong merangkumi 121.4 hektar ini dipajakkan kepada FRIM oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1996.
  • Ia adalah tapak kajian bagi projek-projek penyelidikan kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan penanaman semula hutan, biodiversiti, pengaruh hutan, fitoremediasi dan eko-toksisiti.
  • Ia merupakan model hutan yang diiktiraf sebagai tapak pendidikan antarabangsa untuk pemulihan kawasan bekas lombong bijih timah.
  • Ia telah dibangunkan dalam masa lima tahun selaras dengan “Bidor Research Station Strategic Plan 1997-2002”.

Program Hutan Ladang
Tel: 03-6279 7095
E-mel: howaimun[at]frim.gov.my

  • Ditubuhkan pada tahun 2008 dengan kelulusan Kerajaan Negeri. Stesen ini meliputi kawasan seluas 200 hektar.
  • Terletak di Mukim Belimbing, Daerah Batu Melintang, Jajahan Jeli. Ianya adalah tapak penyelidikan pemuliharaan buluh asal (Gigantochloa scortechinii), buluh komersial (Gigantochloa levis) ladang hutan, agro-perhutanan dan kajian perladangan hutan menggunakan spesies kayu hutan bernilai komersial termasuk Neobalanocarpus heimii (chengal) dan Shorea roxburghii (meranti temak nipis).
  • Maklumat lanjut klik brosur.

Program Hutan Ladang
Tel: 03-6279 7138
E-mel: saaiff[at]frim.gov.my

  • Ditubuhkan pada tahun 2009 di atas kelulusan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan.
  • Stesen yang seluas 30 hektar ini terletak di Mukim Selandar, Daerah Jasin.
  • Kawasan seluas lima hektar telah dibersihkan untuk penanaman tumbuhan herba.
  • Antara spesies yang dipilih: Orstosiphon stamineus (misai kucing), Eurycome longifolia (tongkat ali), Labisia pumila (kacip fatimah), Ficus deltoidea (mas cotek) dan Garcinia atroviridis (asam gelugor).
  • Ianya juga merupakan tapak penyelidikan hutan ladang dan pemuliharaan ex-situ spesies terpilih.
  • Tanaman spesies pokok termasuklah Santalum album, Aquilaria malaccensis, Endospermum malaccense dan Eucalyptus spp. sebagai tanaman ujian bahan tanaman yang dikeluarkan oleh Makmal Tisu Kultur FRIM.
  • Maklumat lanjut klik brosur.

Program Hutan Ladang
Tel: 03-6279 7099
E-mel: dasrul[at]frim.gov.my