MAKLUMAT TERKINI

VIC, Galeri Penyelidikan FRIM tutup sempena Tahun Baharu Cina
By Published On: Februari 14, 2018
closed for Chinese New Year

Dari kiri: Galeri Penyelidikan FRIM dan VIC FRIM.

14 Februari 2018 (Rabu) – Galeri Penyelidikan FRIM dan Pusat Informasi Pelawat (VIC) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 16–18 Februari 2018, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Kampus FRIM termasuk trek berjoging, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong akan beroperasi seperti biasa. Kampus ini dibuka dari jam 5:30 pagi hingga 7:30 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang.

Selain itu, VIC dan galeri tersebut akan ditutup semasa cuti sambutan berikut:

Perayaan Tarikh
Hari Raya Aidilfitri 15-18 Jun 2018
Hari Raya Aidiladha 22–26 Ogos 2018
Hari Kebangsaan 30 Ogos–2 September 2018

Harap maaf, sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk sebarang pertanyaan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my.

Maklumat Terkini