MAKLUMAT TERKINI
Wakil NIFoS lawat FRIM
17 Jun 2022 (Jumaat) – Dua wakil Institut Sains Hutan Negara (NIFoS), Korea, iaitu Presiden NIFoS, Dr Hyun Park dan Pengarah Bahagian Perhutanan Global, Dr Hungsoon Choi telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pagi tadi.
Mereka telah bertemu dengan Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan semasa Kongres Perhutanan Dunia XV di Seoul pada bulan lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FRIM serta mengadakan perbincangan tentang potensi kolaborasi penyelidikan antara NIFoS dan FRIM.
Ismail menyambut mereka di Bilik Mesyuarat Shorea dan memberi taklimat mengenai latar belakang, misi dan misi, fungsi, aktiviti-aktiviti R&D serta pencapaian FRIM. Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar. Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad pula menyampaikan pembentangan mengenai projek-projek penyelidikan FRIM yang menyokong Pengurusan Hutan Secara Lestari (SFM).
Turut hadir, Pengarah Bioteknologi Perhutanan, Dr Mohd Zaki Abdullah; Pengarah Perancangan Penyelidikan, Dr Mohd Rosli Harun; Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Toh An Nee; Felo Persatuan Institusi Penyelidikan Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI), Dr Gan Kee Sing dan Setiausaha Eksekutif APAFRI, Dr Pin Kar Yong.
Selepas perbincangan, mereka dibawa melawat denai alam FRIM untuk melihat fenomena ‘Crown Shyness’. Mereka juga melawat kampus FRIM serta Pejabat Sekretariat APAFRI.
Maklumat Terkini