MAKLUMAT TERKINI

Warga FRIM sambut Hari Raya bersama BLP
By Published On: Jun 29, 2019

21 Jun 2019 (Jumaat) – Warga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Bahagian Latihan Perhutanan (BLP), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan Program Gegar Vaganza Raya FRIM-BLP 2019 di Dewan Alwy pagi tadi.

Abd Latif (kiri) dan Yusuf menyampaikan ucapan masing-masing.
Abd Latif menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak Tabika
Abd Latif (kiri) dan Yusuf menyampaikan ucapan masing-masing.  Abd Latif menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak Tabika FRIMdengan diperhatikan oleh Borhanudin (paling kanan). 

Sambutan kongsi raya yang julung-julung kali diadakan bersama oleh kedua-dua pihak ini dimulakan dengan persembahan koir dan ucapan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM serta Yusuf Yahya, Ketua Seksyen Pembangunan Latihan dan Kerjaya BLP.

KP FRIM juga menyampaikan manual semakan diskripsi tugas (JD) kepada pengarah-pengarah bahagian serta duit raya kepada kanak-kanak Tabika FRIM.

Samsudin, Yusuf, Abd Latif, Suhaimi, Borhanudin, Khali Aziz dan Nadzir hadir pada majis
Gambar berkumpulan warga FRIM dan BLP
Dari kiri: Samsudin, Yusuf, Abd Latif, Suhaimi, Borhanudin, Khali Aziz dan Nadzir hadir pada majis.  Gambar berkumpulan warga FRIM dan BLP. 

Turut hadir, Dato’ Suhaimi Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Tanah dan Sumber Asli) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS); Datuk Borhanudin Arshad, KP JPSM; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; Dr Samsudin Musa Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Datuk Nadzir Syeikh Fadzir, Anggota Institut FRIM; para pesara FRIM serta warga-warga FRIM dan BLP.

Maklumat Terkini