PENGENALAN
FALSAFAH PENDIDIKKAN NEGARA
Pendidikkan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK PENGENALAN
Pendidikkan Pra - Sekolah adalah merupakan satu program yang fleksibel dan tidak formal.
Program ini menitikberatkan perkembangan secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang.
Program ini membantu melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni.
Peringkat ini merupakan asas bagi pemupukkan, pembinaan dan penyuburan perkembangan kanak-kanak.
KONSEP
"Bermain Sambil Belajar"
Penekanan kepada aktiviti yang boleh meransang naluri ingin tahu, koordinasi moto halus dan kasar, penggunaan daya kreatif, semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin.
PIAGAM KEMAS
KAMI BERJANJI
"Menyediakan masyarakat luar bandar yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang sosial, ekonomi dan politik serta bersikap positif untuk menerima perubahan , menerima khidmat,
kerjasama dan layanan mesra mengikut kehendak dan keperluan pelanggan berdasarkan kepada keupayaan yang sedia
ada.
kembali |