LATARBELAKANG TABIKA
Taman Bimbingan kanak-kanak FRIM atau ringkasnya TABIKAditubuhkan pada tahun 1980 di atas kesedaran betapa pentingnya pembelajaran pra-sekolah untuk kanak-kanak.
Berdasarkan kesedaran ini dan dengan usaha pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) pada masa itu, Y. Bhg. Dato' Dr. Salleh Mohd. Nor
dan beberapa orang kakitangan IPP dan penduduk sekitarnya.
Satu jawatankuasa tabika telah ditubuhkan untuk memulakan Tabika IPP.
Pihak KEMAS pula telah memberikan beberapa sumbangan berbentuk tenaga pengajar, pembantu guru, peralatan pembelajaran dan juga kewangan.
Dengan segala galakkan, bantuan dan sokongan yang diberikan oleh berbagai pihak Tabika IPP telah dibuka dengan rasminya oleh
Y. Bhg. Dato' Zakaria Hj. Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gombak pada 2 hb. Januari 1980.
Seramai 34 orang kanak-kanak telah mengikuti kelas tabika yang pertama ini.
Pada tahun 1985 apabila IPP bertukar menjadi Badan Berkanun dengan nama baru iaitu Institu Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
maka Tabika IPP juga bertukar nama kepada nama TABIKA FRIM.
Pada peringkat awal Tabika IPP dibuka pada tahun 1980, ianya menumpang di bangunan Unit Latihan Perhutanan selama lebih kurang 12 tahun
sehingga bulan september 1991. Selepas itu Tabika FRIM mendapat bangunannya sendiri yang sehingga ke hari ini diguna.
Tabika FRIM amat berterimakasih kepada semua pihak terutamanya KEMAS dan Pejabat Daerah Gombak yang telah bekerjasama sehingga
terdirinya bangunan tersebut. Pihak FRIM pula telah berkenan memberikan sebuah lagi bangunan bersebelahan dengan tabika baru ini untuk dijadikan bilik kelas tambahan tabika. Dengan adanya dua bangunan ini maka Tabika FRIM dapat menampung permintaan yang begitu menggalakkan dari penduduk persekitaran . Kanak-kanak juga dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan menggalakkan. Pada
12hb. Oktober 1991 bangunan Tabika FRIM ini telah didirikan dengan rasminya oleh Y. Bhg. Dato' Saiddin Thamby, iaitu Adun Paya Jaras.
kembali
|