SelAMaT dAtaNG kE LaMaN TaBikA FRIM .   SeMogA kUNjUngAn AndA MeNdaPAt ManFaAt...TERIMA KASIH!   SElAMat mEnYaMBuT uLAnGtAhUn kEmeRdeKAaN Ke-50

LAMAN UTAMA
:: PENGENALAN
:: latarbelakang
:: objektif tabika
:: matlamat
::kurikulum
:: carta organisasi
CAPAIAN LAIN
:: minit mesyuarat
:: kalendar aktiviti
:: laporan aktiviti
:: senarai murid
:: pencapaian
Kalendar
Laman Nurani
e-mail Pertanyaan..
Disediakan : Abe 080708
[TABIKA V2008] mulai 15 JAN 2009 : 




Perutusan Pengerusi

Selamat datang ke laman web TABIKA KEMAS FRIM.Umum mengetahui bahawa kemajuan teknologi begitu pantas dan banyak membantu masyarakat dalam mendapatkan maklumat semasa dengan cepat. Seiringan dengan itu, pihak kami dengan kepakaran IT yang terhad, berusaha sedaya upaya membangunkan sistem maklumat ini untuk memudahkan para ibu bapa khususnya dan masyarakat luar umumnya mengenali kami secara tidak langsung menerusi pengetahuan teknologi maklumat. Dengan adanya laman web ini, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui program-progarm yang akan dan telah dijalankan. Ini dapat membantu kami dalam mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa untuk menambahbaik kekurangan yang ada di Tabika FRIM demi kemajuan anak-anak.

Kami sentiasa mengharapkan sokongan dan dorongan semua pihak untuk sama-sama melihat kemajaun teknologi ini dapat memberikan input bermanfaat kepada pengurusan Tabika dan ibu bapa. Kami berharap kerjasama erat antara kedua pihak ini dapat melahirkan anak-anak yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga keperibadian mereka.

Usaha berterusan perlu dirancang oleh AJK untuk menjadikan tabika ini contoh kepada tabika lain dalam pelbagai segi. AJK juga perlu merancang untuk menarik lebih ramai penyertaan ibubapa untuk sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkannya. Dengan persekitaran yang unik, Tabika FRIM boleh memainkan peranan tersendiri dengan menyediakan program- program yang sesuai untuk pendedahan kepada anak-anak dan juga ibu bapa. Ini bersesuaian dengan lokasi tabika itu sendiri yang berada didalam kampus induk FRIM yang menghijau ini. Pendedahan tentang alam sekitar dan keperluan pemeliharaannya mampu membuka minda anak-anak menjadi pewaris yang cintakan alam sekitar.

Dengan kerjasama di antara Badan Kebajikan Islam FRIM, Masjid Jamek, TAKIP dan juga PWFRIM diharap mampu menyuntik semangat kerjasama berkesan dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang. AJK Tabika juga perlu terus berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan agar tabika mencapai matlamatnya. Sokongan semua pihak sangat-sangat diperlukan untuk kita sama-sama memantapkan TABIKA FRIM.

Terima kasih kepada AJK yang banyak membantu dan berusaha untuk mewujudkan laman ini dan tidak lupa juga kepada guru yang gigih mendidik anak-anak. InsyaAllah dengan adanya komitmen daripada semua pihak dan dengan izin Allah s.w.t saya percaya usaha yang mulia ini akan beroleh kejayaan.

Sekian, wassalam.

Dr. Ab. Rasip Ab.Ghani
Pengerusi
TABIKA KEMAS FRIM
Kepong.

kembali

 Pihak Tabika FRIM dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan maklumat  semasa anda melayari laman ini