Sekapur Sireh

Maklumat Sekapur Sireh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya telah diberi peluang untuk menerajui Perkumpulan Wanita FRIM (PWFRIM).

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan di laman Web PWFRIM. Saya sangat berbangga dengan hasil usaha gigih yang jelas membuktikan betapa komitednya puan-puan untuk menjayakan aktiviti PWFRIM ini.

Disamping kesibukan melaksanakan tugas harian yang berdepan dengan orang awam serta tanggungjawab kepada keluarga, puan-puan sememangnya layak untuk diberi sanjungan serta pujian di atas sumbangan yang telah diberikan. Tahniah kepada puan-puan kerana ahli-ahli PWFRIM begitu aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menarik.

PWFRIM bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti dengan objektif yang di antaranya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara anggota wanita, menggalakkan perkembangan pengetahuan serta kemahiran dan kemajuan diri, mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan di agensi-agensi lain dan menjalankan kerja-kerja amal.

Sehingga ke hari ini, objektif-objektif ini ternyata masih relevan dan dengan sumbangan-sumbangan melalui ceramah, seminar, bengkel, lawatan dan sebagainya, Saya berharap dan berdoa agar kita semua akan terus aktif dalam merealisasikan segala objektif PWFRIM.

Kebajikan/ Sosial

Merancang program-program berbentuk kebajikan.

Latihan

Merancang latihan yang berkualiti untuk ahli PWFRIM.



Ekonomi

Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan ekonomi.



Sukan

Merancang serta melaksanakan kegiatan-kegiatan belia.

Aktiviti Kebajikan/ Sosial

Program Jelajah Restorasi dan Penanaman Pokok PWFRIM