PWFRIM adalah sebuah Perkumpulan Wanita di kalangan warga kerja wanita Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebelum tahun 1985. Tarikh sebenar penubuhan tidak dapat dipastikan kerana ianya telah tertubuh sejak IPP (Institut Penyelidikan Perhutanan) lagi. Penubuhan perkumpulan ini membuktikan kekuatan peranan yang dimainkan oleh warga kerja wanita FRIM bukan sahaja dalam mencapai misi dan visi IPP, malah melambangkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan anggota perkhidmatan di semua peringkat perkhidmatan tanpa mengira skim dan gred perkhidmatan.
PWFRIM yang dipengerusikan oleh isteri kepada Ketua Pengarah FRIM ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli menerusi aktiviti-aktiviti di dalam pelbagai bidang, seperti kemasyarakatan, pembangunan modal insan, keagamaan, pembangunan keluarga, teknologi maklumat, keusahawanan, sukan dan kesihatan, ketrampilan diri, pemuliharaan alam sekitar, melalui ceramah, bengkel, lawatan dan kursus. PWFRIM juga menguruskan tabung keahlian yang dikenakan ke atas setiap ahli iaitu sebanyak RM10.00 setahun. Ini memberi peluang kepada PWFRIM untuk merancang aktiviti tahunan untuk dimanfaatkan oleh lebih 300 orang ahli PWFRIM.
Barisan ahli jawatankuasa PWFRIM dilantik melalui pencalonan dan undian di dalam Mesyuarat PWFRIM untuk tempoh lantikan 2 tahun per sesi.
Merancang program-program berbentuk kebajikan.
Merancang latihan yang berkualiti untuk ahli PWFRIM.
Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan ekonomi.
Merancang serta melaksanakan kegiatan-kegiatan belia.
Pengerusi PWFRIM | Pengerusi PUSPANITA | Penasihat Tabika KEMAS Akasia | Penaung Taska FRIM (TAKIPP)
Emel: norazian5080@gmail.comPenolong Setiauasaha PWFRIM | Setiausaha TKP(O)
Emel: norshahidah@frim.gov.my© 2022 PWFRIM | Designed & Developed by ICT.
Design: TemplateMo